Lelaki Hina Islam Didakwa Di Mahkamah Pagi Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penghantar makanan yang mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menghina Islam dalam video tular akan didakwa esok.

Suspek yang berusia 39 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sepang.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 akan membuat pertuduhan pada jam 9 pagi dan suspek akan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Isnin lalu, suspek direman empat hari bermula 18 Julai hingga 21 Julai selepas ditahan Ahad lalu di Puchong dekat sini bagi membantu siasatan berhubung video didakwa menghina agama Islam.

Ahad lalu, tular satu video menghina Islam di laman sosial menunjukkan seorang lelaki didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dengan kata-kata makian.

Dalam video berdurasi 36 saat itu, lelaki berkenaan juga didakwa mencabar orang Melayu dan Islam supaya bertemu dengannya.

Sementara itu, dalam satu lagi video berdurasi 27 saat yang tular, lelaki yang sama dilihat berlumuran darah dipercayai dipukul beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Lelaki berkenaan turut memuat naik satu lagi video berdurasi 26 saat meminta maaf selepas dipercayai dipukul. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat