Klopp Sahkan Konate Akan Buat Penampilan Pertama Dengan Liverpool

- Advertisement -

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, mengesahkan pemain yang baru ditandatangani pasukannya, Ibrahima Konate akan melakukan penampilan pertama dengan kelab itu tidak lama lagi.

Pertahanan Perancis itu tiba daripada RB Leipzig dengan tanda harga £36 juta (RM208.89 juta) sebagai pemain pertama yang dibeli Liverpool dalam jendela perpindahan kali ini.

Konate dipilih selepas Liverpool dihimpit dengan masalah kecederaan pertahanan tengah sepanjang musim 2020-21 melibatkan Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip.

Pemain berusia 22 tahun itu dibawa menyertai kem latihan pramusim di Austria dan akan diturunkan dalam dua perlawanan mini 30 minit menentang Wacker Innsbruck dan VfB Stuttgart.

“Dia sudah mendapat rehat yang cukup, pramusim yang normal setakat ini, jadi dia boleh bermain Khamis ini,” kata Klopp kepada liverpoolfc.com

“Buat Ibou, amat penting untuk dia segera mendapatkan minit, itulah tujuan pramusim.

“Semua orang di luar akan berkata terdapat persamaan di antara kami dan Leipzig, itu betul tetapi ada juga perbezaan dan persamaan itu penting tetapi perbezaannya lebih penting kerana anda dapat melihatnya di dalam latihan.

“Terdapat tabiat kecil yang biasa dilakukannya dan ia berbeza dengan apa yang kami biasa lakukan, jadi kami akan memperbaikinya tetapi ia bukanlah semudah itu kerana hanya tinggal enam hari lagi,” katanya.

Liverpool seterusnya akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang FSV Mainz dan Hertha Berlin, masing-masing pada 23 dan 29 Julai ini.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat