Kalau Macam Ini, Sampai Bila Pun Kita Tak Merasa Ke Piala Dunia – Zulakbal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ‘Tragedi’ di Piala Asia Bawah 17 tahun (B-17) 2023 yang menyaksikan barisan pemain muda negara sekali lagi gagal ke Piala Dunia B-17 memberi gambaran kualiti pemain muda negara belum lagi mencapai tahap Asia.

Itu hakikat yang terpaksa ditelan semua pihak dan ia diakui Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim yang menganggap situasi itu ‘menakutkan’ kerana barisan pemain ini adalah wajah masa depan bola sepak negara.

“Kalau setakat kalah 1-0, 2-0 ataupun bolos minit terakhir, tidak mengapa tetapi kita lihat barisan pemain kita kalah 4-0, 3-0 dan tidak menjaringkan sebarang gol.

“Ini menimbulkan persoalan terhadap bagaimana kualiti pemain yang kita hasilkan daripada program pembangunan yang sudah kita jalankan bertahun-tahun sebelum ini.

“Dengan apa yang ditunjukkan di Bangkok, ia secara tidak langsung membuktikan betapa produk kita tidak mampu bersaing di tahap tertinggi, mungkin setakat itu sahaja yang mereka boleh bagi,” katanya.

Terdahulu, impian skuad kendalian Osmera Omaro merebut slot ke Piala Dunia B-17 berkecai apabila tewas 0-3 kepada Thailand, kelmarin.

Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut selepas tumbang 0-4 kepada Yaman pada aksi pertama Kumpulan A dan mereka akan melengkapkan jadual dengan menentang Laos esok.

Kegagalan itu mencetuskan persoalan mengenai keberkesanan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) yang diperkenalkan sejak 2014 dan sudah menelan belanja jutaan ringgit tetapi gagal menepati misi ditetapkan.

Bagaimanapun, Zulakbal yang juga pemerhati bola sepak menegaskan ini bukanlah masanya untuk menuding jari ke mana-mana pihak dan pihak berkepentingan perlu mencari jalan penyelesaiannya.

“Perkara ini pernah berlaku dahulu (tidak layak ke Piala Dunia B-17) tetapi adakah kita sudah belajar daripada kesilapan? Mungkin apa yang kita lakukan daripada sebelum ini tidak mencukupi.

“Kita tak boleh nak kata itu betul, ini tak betul jadi semua pihak berkepentingan yang berada di dalam ataupun di luar sistem perlu mengkaji di mana silapnya, betulkan dan cari jalan mengatasi kelemahan yang ada.

“Saya fikir pemain kita dari segi fizikal dan taktikal, tidak jauh bezanya berbanding pasukan lain. Mungkin daripada segi mentaliti dan cepat selesa kerana sudah beraksi di peringkat Asia,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat