Taiwan, Destinasi Percutian Mesra Muslim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Destinasi percutian yang menawarkan tempat-tempat menarik serta aktiviti yang menyeronokkan adalah antara tarikan utama kepada para pelancong untuk memilih destinasi pelancongan mereka.

Kini, anda boleh merasai percutian dengan kepelbagian atau “Vibrant” di pulau serba indah iaitu Taiwan!

Taiwan merupakan destinasi indah dan meriah dengan sajian pelbagai aktiviti untuk diterokai yang akan mencipta seribu satu kenangan manis.

Dengan kemajuan bandar serba moden, sehingga ke kawasan luar bandar yang menarik serta kian berkembang, Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia mengambil inisiatif untuk mempromosikan Taiwan.

Dengan menyajikan tempat-tempat menarik, Taiwan juga merupakan negara yang aman serta memiliki ciri keselamatan yang terbaik untuk dikunjungi.

Apa yang lebih menarik kini, industri pelancongan Taiwan mengalu-alukan pelancong yang beragama Islam atau Muslim untuk menikmati serta merasai keunikan dan keindahan yang ada di negara itu.

Selain menyediakan banyak aktiviti, pihak Biro Pelancongan Taiwan juga menyediakan destinasi mesra Muslim.

Antara destinasi mesra Muslim ialah di Sun Moon (Sun Moon Lake), dimana kemudahan dan suasananya bersesuaian dengan pelancong muslim selain mampu memukau mata apabila melihat keindahan tasik tersebut.

Di sini pegunjung bukan sahaja bakal melihat keindahan tasik, malah dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti medaki, berbasikal dan memancing.

Tasik ini juga menempatkan beberapa perkampungan kecil di mana pengunjung akan diberikan penerangan mengenai cara hidup serta budaya orang asli di rantau ini dan tidak ketinggalan anda juga akan menikmati makanan tradisional.

Di bandar Taipei pula beberapa restoran mesra Muslim dan halal mudah didapati, manakala di Kaohsiung terkenal sebagai hab popular untuk penduduk tempatan dan pelancong Muslim.

Untuk itu, bagi pelancong Muslim, anda digalakkan untuk mengunjungi bandar Taipei dan juga Kaohsiung.

Pada waktu malam, bandar-bandar di sekitar Taiwan menjadi perhatian dengan adanya pasar malam yang menghidangkan pelbagai jenis makanan ‘food street’ halal serta memenuhi citarasa anda dari masakan tradisional Cina sehingga masakan antarabangsa.

Selain makanan, tarikan fesyen yang terdapat di Taiwan juga sangat mengagumkan apabila mereka mempunyai pereka fesyen tempatan yang menghasilkan pelbagai pakaian unik dan bergaya.

Pelancong juga boleh mengunjungi butik mewah mahupun vintaj di pusat membeli belah di sekirar daerah Taipei

Bagi mereka yang gemar membeli-belah, Taiwan menawarkan destinasi membeli belah istimewa yang memenuhi impian anda.

Antara pusat membeli belah yang boleh dikunjugi ialah Ximending di Taipei, MLD Mall di Kaohsiung’s dan pasar malam di Taichung yang merupakan destinasi membeli-belah popular di Taiwan.

Dalam pada itu, terdapat juga aktiviti santai yang boleh dilakukan di Taiwan iaitu kolam air panas semula jadi yang terdapat di beberapa lokasi termasuk Beitou, Wulai dan Jiaosi.

Kolam air panas ini sesuai untuk pengembara yang ingin berehat dan menyegarkan diri.

Untuk yang meminati sejarah Taiwan, di sini terdapat Muzium Nasional Sejarah Taiwan dan Muzium Nasional Taiwan.

Dengan adanya muzium-muzium ini, pelancong dapat melihat sendiri tinggalan artifak sejarah Taiwan serta mempelajari asal usul sejarah lampau Taiwan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat