Agong sakit kaki, tangguh semua program

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Istana Negara hari ini memaklumkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah kini berada di dalam keadaan gering di bahagian kaki.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memberitahu, Baginda dan sedang
menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di sini.

“Walau bagaimanapun, kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

“Sehubungan itu, program yang telah dijadualkan berlangsung pada hari ini dan
juga semua program-program yang terdekat yang melibatkan keberangkatan Seri Paduka Baginda telah ditangguhkan ke tarikh-tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan,” katanya.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat