Malaysia Berjaya Capai Sasaran 36 Pingat Emas Sukan SEA Vietnam

- Advertisement -

Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran pingat yang ditetapkan apabila membawa pulang 36 pingat emas pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi sebentar tadi.

Kejayaan meraih pingat emas ke-36 itu dijelmakan menerusi acara karate kategori kumite berpasukan lelaki yang diwakili R. Sharmendran, S. Prem Kumar, H. Sureeya Sankar, S. Geerijaieswaran, Arif Afifuddin Ab. Malik, V. Kueggan dan G. Katish yang berjaya menewaskan Indonesia 3-0 di Gimnasium Ninh Binh.

Terdahulu, penembak muda negara, Nurul Syasya Nadiah Mohd. Arifin melakar kejutan apabila berjaya membidik emas dalam acara 10 meter (m) air pistol wanita sekali gus menyumbang emas ke-35 buat negara.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia di atas kejayaan mencapai sasaran 36 pingat emas pada Sukan SEA Vietnam 2021.

“Alhamdullilah, kita bersyukur dengan kontinjen negara yang telah mencapai sasaran 36 pingat emas dan saya harap atlet-atlet yang masih bertarung boleh terus menambah bilangan emas serta cuba perbaiki kedudukan pungutan pingat keseluruhan,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat