Peruncit Bumiputera Beri Peluang Usahawan Runcit Kongsi Pengalaman – Ameer Ali Mydin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Organisasi Peruncit Bumiputera (BRO) menganjurkan program Sambutan Hari Raya BRO 2022 sempena meraikan golongan usahawan runcit bumiputera di negara ini.

Presidennya merangkap Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, penganjuran program tersebut dapat memberi peluang untuk usahawan-usahawan bumiputera terbabit bercerita mengenai pengalaman, permasalahan serta solusi perniagaan mereka.

Ujar beliau, program berkenaan dihadiri oleh seramai 180 orang tetamu termasuk usahawan-usahawan muda yang baru sahaja memulakan perniagaan mereka.

“Saya rasa ini adalah cara yang tidak formal (untuk berbincang) daripada kita pergi ke pejabat untuk berbincang, ini kita macam kawan-kawan kita dapat (bincang) solusi mengenai cabaran-cabaran yang selalu ada.

“Kita tahu apa peluang dan solusi yang ada. Tetapi paling penting sebetulnya, rakyat jaga rakyat, kita tolong kita,” katanya ketika ditemubual oleh wartawan dalam program Sambutan Hari Raya BRO 2022 di Lola, KLGCC Resort, International Gallery pada Jumaat.

Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, beliau turut memberi sokongan penuh terhadap program berkenaan kerana ia merupakan medium yang bagus untuk membina rangkaian dalam kalangan usahawan peruncitan.

“BRO ini merupakan sebuah program yang didokong dan dianggotai oleh usahawan-usahawan Melayu yang terlibat dalam peruncitan, dan saya rasa mereka ini antara orang-orang serius dalam bisnes dan bersungguh-sungguh tetapi masih mengekalkan rasa rendah diri dan keikhlasan.

“Sepanjang saya terlibat dengan BRO ini saya melihat presiden dan exco-exco ini bekerja keras secara ikhlas untuk menaikkan komuniti usahawan peruncitan ini.

“Saya rasa ini sebuah program yang boleh ‘improve networking’ (memperkembangkan rangkaian) mereka.

“Jadi mereka boleh berkenalan, berjumpa dan berinteraksi dengan harapan mereka yang (golongan) muda ini boleh belajar dengan yang lebih senior,” ujarnya.

Turut hadir dalam program tersebut Pengarah Urusan Al-Meswak Mu’Min Sdn Bhd, Datuk Zaihal Hazri Abdul Halim; Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel; Pengerusi Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd (Al-Ikhsan) Ali Hassan Mohd Hassan dan Pengarah Urusan Habib Holdings Sdn Bhd, Datuk Seri Meer Sadik Habib. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat