Bekas ADUN Sungai Udang Meninggal Dunia

- Advertisement -

MELAKA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Wira Noordin Yaani, meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, di sini hari ini akibat sakit tua.

Allahyarham Noordin, 81 yang juga bekas ahli EXCO negeri, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.20 petang tadi selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital berkenaan akibat tekanan darah rendah dan mengalami masalah pernafasan.

ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan, ketika dihubungi, berkata jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Pengkalan, Alor Gajah malam ini.

“Jenazah akan dimandi dan disembahyangkan di Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah jam 9 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelemak,” katanya.

Allahyarham meninggalkan dua balu dan lapan anak.

Allahyarham menjadi ADUN Sungai Udang selama sepenggal selepas memenangi kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1995.

Beliau dilantik sebagai EXCO Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Allahyarham pernah dilantik sebagai Pemangku Presiden Veteran UMNO Malaysia selain menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Rahim Tamby Chik. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat