PKP penuh : MKN bincang esok – Takiyuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh (total lockdown) dijangka akan dibincangkan esok.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempengerusikan sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) Covid-19 di Putrajaya.

“Itu antara langkah-langkah yang perlu difikirkan oleh pihak MKN, pilihan-pilihan yang kita ada. Sebelum ini kita laksanakan PKP, PKPB, PKPP dan sebagainya. Itulah langkah-langkah yang perlu diambil sama ada secara keseluruhan atau bersasar.

“Ia mungkin akan diputuskan esok ada sidang MKN, ia mungkin akan dibincangkan di sana yang melibatkan perdana menteri dan semua menteri besar serta ketua menteri.

“Akan dibincangkan (esok) untuk diputuskan,” katanya memetik Malaysiakini di Kelantan.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan melaksanakan PKP penuh.

Terdahulu, pelbagai pihak, antaranya bekas perdana menteri Najib Razak, mendesak kerajaan supaya melaksanakan PKP penuh.

Ia susulan kadar penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan termasuk kes tertinggi direkodkan, semalam.

Sementara itu Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Bharu berkata, kerajaan ini memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha menangani Covid-19.

“Perkara-perkara yang kurang penting kita tangguhkan dahulu, fokus kita buat masa ini adalah kepada pandemik Covid-19,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat