Sokongan Terhadap Muhyiddin Merosot, Najib dan PH kembali Popular – O2 Malaysia

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, mengalami kemerosotan populariti dalam suku pertama tahun 2021 berbanding tahun lalu.

Kaji selidik yang dijalankan oleh firma O2 Malaysia, sokongan pengundi terhadap kepimpinan Muhyiddin Yassin merosot kepada 51% pada suku pertama tahun ini berbanding 66% pada suku kedua tahun lalu.

Bagaimanapun di sebalik kemerosotan tersebut, Muhyiddin masih kekal sebagai pemimpin mendapat sokongan tertinggi diikuti Presiden PAS, Abdul Hadi Awang (34%), Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (30%); Presiden PKR, Najib Razak (27%), Anwar Ibrahim (26%); Presiden Amanah, Mohamad Sabu (22%) dan manakala Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi (11%).

Apa yang turut menarik perhatian ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak semakin popular kembali apabila jumlah responden yang menyokongnya meningkat daripada 21% kepada 27%.

Ini merupakan hasil dapatan satu kaji selidik yang diusahakan oleh O2 Research Malaysia pada penggal pertama tahun 2021 bagi meneliti tahap sokongan dan kecenderungan pengundi terhadap arus perkembangan politik semasa negara.

Seramai 1,602 responden telah terlibat yang terdiri daripada 54 peratus kaum Melayu Semenanjung, 28 peratus kaum Cina, 11 peratus kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak dan 7 peratus kaum India.

Sementara itu, peringkat umur yang dipilih adalah responden dari usia 18 tahun dan ke atas dengan kaedah persampelan responden dilakukan dengan rawak berstrata yang mewakili segenap kumpulan umur, jantina, kepelbagaian etnik dan negeri.

Peningkatan Populariti PH

Sementara itu kajian yang sama menunjukkan pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum 15 akan meneruskan ketidakstabilan politik negara. Pakatan Harapan (PH) mendahuli pesaing hanya dengan 36% undi popular diikuti oleh Perikatan Nasional (PN) sebanyak 31% dan Barisan Nasional (BN) 22%. Turut menjadi pilihan ialah parti Ikatan Demokratik Muda (Muda) 11%.

“Dengan perpecahan berlaku antara parti-parti blok kanan dan kiri akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan dengan populariti tertinggi pada 36 peratus, diikuti PN (31 peratus), seterusnya BN (22 peratus) dan Muda 11 peratus,” kata Penyelidik Kanan O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi pada Rabu.

Sementara itu, Anis Anwar turut mendedahkan dapatan kajian menunjukkan pengundi BN dan Pas mempunyai kecenderungan sedikit berbeza terhadap bentuk kerjasama politik berteraskan konsep ‘Penyatuan Ummah’.

Jelas beliau, tinjauan pihaknya mendapati 59 peratus penyokong BN lebih cenderung menyokong Muafakat Nasional (MN), berbanding 41 peratus menyokong PN.

“Namun, kecenderungan berbeza ditunjukkan pengundi cenderung Pas yang lebih menerima PN setinggi 67 peratus berbanding sokongan terhadap MN sebanyak 33 peratus.

“Tinjauan dijalankan turut mendapati pengundi BN dan Pas lebih cenderung kerjasama antara BN dan PN diadakan dalam bentuk kerajaan campuran sekiranya tiada parti mampu membentuk kerajaan sendirian.

“Dapatan menunjukkan seramai 66 peratus penyokong BN dan 53 peratus penyokong Pas bersetuju dengan pembentukan kerajaan PN dan BN, manakala hanya 21 peratus penyokong BN sahaja yang mahu terima jajaran baharu BN-PH bagi bentuk kerajaan,”katanya.

Tambah Anis Anwar, majoriti penyokong PH hanya menunjukkan tahap sokongan rendah kepada semua bentuk kerajasama politik antara PH dengan mana-mana parti lain jika ingin mendirikan kerajaan campuran.

“Sebanyak 39 peratus penyokong PH bersetuju pembentukan kerajaan campuran antara PH dan PN dan 28 peratus bersetuju dengan pembentukan kerajaan campuran PH dan BN.

“Tahap sokongan yang rendah menjadi indikator mereka lebih rela PH tidak menjadi kerajaan jika gabungan itu gagal mendapatkan majoriti mudah pada PRU15 akan datang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat