Isu Palestin: Rakyat Malaysia Digesa Terus Bersuara, Dunia Sedang Melihat – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien menggesa rakyat Malaysia terus bersuara dalam isu Palestin kerana berjaya mengubah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Israel.

Kata Hishammudin, usaha berterusan rakyat Malaysia menekan komuniti dunia serta mengecam kekejaman rejim Israel secara maya tidak sia-sia.

Menurut beliau lagi, Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat akan memanggil satu Sesi Khas Agung PBB bagi membahaskan ‘Situasi Terkini Timur Tengah’ dan ‘Soal Palestin’ atas desakan Malaysia, Indonesia dan Brunei.

“Keputusan Presiden UNGA ini juga antara lain hasil desakan bersama ketiga-tiga pemimpin Negara Islam di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Indonesia, Presiden Joko Widodo dan Brunei Kebawah Duli Tuanku Sultan Brunei Ahad lepas.

“Keberkesanan desakan dan tekanan yang dilakukan Malaysia ini turut diakui sendiri Presiden Persatuan Kebudayaan Palestin Malaysia (PICOM) yang menyatakan rakyat Malaysia telah berjaya mengubah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Israel,” kata Hishammudin.

Ujar Hishammudin, inilah kekuatan apabila semua memainkan peranan dan bersatu padu. Di pihak Kementerian Luar Negeri misalnya telah menggunakan setiap ruang bagi mendapatkan resolusi kolektif organisasi-organisasi pelbagai hala.

“Ini termasuklah desakan tegas kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar berhenti membisu sebaliknya bertindak segera mengikut 6 syor Malaysia; serta menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengkaji semula perancangan menempatkan pasukan bersenjata PBB bagi melindungi rakyat Palestin. UNSC jelas gagal mencapai kesepakatan walaupun sudah tiga kali bersidang atas sebab kuasa veto satu negara sahaja. Ini amat mengecewakan!

“Seperti saya sebut sebelum ini, kekurangan azam politik organisasi-organisasi pelbagai hala ini tidak boleh terus dijadikan alasan untuk mengabaikan tindakan penjajahan Zionis Israel yang semakin berleluasa. Cukup-cukuplah masyarakat antarabangsa berdiam diri. Apa yang berlaku sekarang jenayah perang. Apa yang berlaku sekarang ialah jenayah terhadap kemanusiaan. Ia mesti dikecam dan dihentikan,” tegasnya.

Teruskan usaha anda semua!, serunya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat