Tiada Lagi Daerah Zon Hijau Di Semenanjung – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada lagi daerah dikategorikan sebagai zon hijau di Semenanjung manakala empat negeri – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Melaka berada dalam zon merah penularan Covid-19 sepenuhnya, setakat semalam.

Berdasarkan taburan kes Covid-19 dikongsikan oleh kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dalam laman Facebooknya semalam, dalam tempoh 14 hari sejak 5 hingga 19 Mei, bilangan kes positif di Malaysia adalah berjumlah 57,089 kes.

Keseluruhan jumlah kes positif di Malaysia setakat hari ini ialah 485,496 kes.

“Lapan daerah di Semenanjung berstatus jingga iaitu Langkawi, Kampar, Jelebu, Kuala Pilah, Rompin, Bera, Lipis dan Marang sementara daerah yang berstatus kuning ialah Kangar, Perak Tengah, Mersing, Cameron Highlands, Maran, Hulu Terengganu, Kemaman, Gua Musang, Padang Terap dan Sik,” kata KKM.

Sabah menjadi negeri paling banyak zon hijau dengan lapan daerah iaitu Tambunan, Kudat, Nabawan, Pitas, Kuala Penyu, Tongod, Telupid dan Beluran.

Sementara di Sarawak, terdapat lima daerah berada dalam kategori zon hijau iaitu Simunjan, Asajaya, Kabong, Marudi dan Telang Usan.

Daerah berstatus hijau mencatatkan sifar kes, kuning (1-20 kes), jingga (21-40 kes) dan merah 41 kes atau lebih.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat