COVID-19: DAP Mohon Penangguhan Kongres Kebangsaan Parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Kongres Kebangsaan DAP yang sepatutnya diadakan pada 20 Jun ini akan ditangguh ke satu tarikh yang bakal ditetapkan kelak.
Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook, penangguhan itu terpaksa dibuat setelah mengambil kira penularan kes wabak COVID-19 yang sangat tinggi ketika ini dan serta mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

“Ibu pejabat Kebangsaan DAP telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 17 Mei 2021 untuk memohon menundakan tarikh Kongres Kebangsaan DAP dan Konvensyen Biasa Negeri DAP untuk Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Perlis dan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Setakat ini, 10 Jawatankuasa Negeri DAP telah mengadakan Konvensyen Biasa di antara 14 Mac dan 2 Mei 2021.

Tambah Anthony Loke, Konvensyen Biasa Negeri yang sepatutnya diadakan dalam tempoh beberapa minggu ini terpaksa ditunda kerana semua bentuk mesyuarat dan perhimpunan dalam tempoh PKP adalah dilarang.

“Justeru itu, kami memohon kepada Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk membenarkan Kongres Kebangsaan DAP dan semua Konvensyen Biasa Negeri yang tertangguh diadakan pada suatu tarikh selepas PKP dilonggarkan dan pergerakan rentas negeri dibenarkan,” katanya lagi.

Maklumat lanjut berkenaan penundaan tarikh-tarikh ini akan diumumkan sejurus selepas Ibu Pejabat Kebangsaan DAP menerima maklum balas dari pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat