6 tahanan Imigresen Rohingya Melarikan Diri Meninggal Dunia – PDRM

- Advertisement -

SG BAKAP: Enam orang tahanan Imigresen Etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depoh Sementara Imigresen Sungai Bakap, Pulau Pinang terbunuh.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tahanan yang mati terdiri dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

 

Terdahulu, seramai 362 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depoh Sementara Imigresen Sungai Bakap, Pulau Pinang awal pagi tadi berjaya ditahan semula.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, gerakan mencari baki tahanan sedang giat dijalankan.

“Mereka melarikan diri dengan memecahkan pintu blok dan besi penghadang. Pegawai-pegawai bertugas telah mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) dengan menghubungi Polis Diraja Malaysia dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.

“Gerakan mencari dan menahan mereka yang lari sedang giat dijalankan dengan kerjasama dari PDRM, RELA dan orang ramai. Sehingga pukul 10.00 pagi ini, seramai 362 orang tahanan telah berjaya ditangkap semula,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,496FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat