Gelagat OOTD jadi lagu raya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Akronim OOTD atau ‘outfit of the day’ yang merujuk kepada penampilan atau gaya individu yang dikongsi dalam media sosial memberi ilham kepada komposer, Cat Farish bersama Da Unknown, Newell dan Unji mengabadikannya dalam lagu raya berjudul OOTD Raya.

 

Barisan tenaga kreatif di sebalik penghasilan single OOTD Raya yang diterbitkan Ace Talent. Foto NSTP Hazreen Mohamad
Barisan tenaga kreatif di sebalik penghasilan single OOTD Raya yang diterbitkan Ace Talent. Foto NSTP Hazreen Mohamad

 

Diterbitkan syarikat pengurusan, Ace Talent, single OOTD Raya dinyanyikan gabungan artis yang bernaung di bawah organisasi itu iaitu Moleque, Da Unknown, Zarol Zarif, Aliff Idham dan Al Farabi.

Bercerita mengenai karya terbaharu itu, Cat teruja bekerjasama dengan komposer muda.

“Rata-rata bakat komposisi dan penulisan lirik mereka sangat bagus,” katanya pada majlis pelancaran single OOTD Raya di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Cat atau nama penuhnya, Farish Ramli berkata, biarpun sudah lama tidak mencipta lagu raya apatah lagi dalam keadaan negara dilanda penularan pandemik COVID-19, namun, proses penghasilannya lancar.

“Proses penghasilan lagu ini dipermudahkan. Sebelum pandemik, saya saban tahun mencipta lagu raya,” katanya yang sudah menghasilkan enam lagu raya termasuk untuk usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ace Talent, Azuein Alonto optimis lagu OOTD Raya bakal mendapat tempat dalam hati peminat

“Lagu ini ada keunikan tersendiri. Kami tidak lihat lagu ini sebagai saingan kepada single bertemakan raya yang lain.

“Ace Talent sentiasa pastikan produk dihasilkan berbeza,” katanya.

Video muzik single OOTD Raya dilancarkan di YouTube rasmi syarikat terbabit sejak 11 April lalu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat