Anak Halim Othman jelaskan kenapa namanya tidak bintikan Halim

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Saya ikhlas dan sudah lama terima perkara ini. Perasaan malu, semua itu tak ada. Hakikatnya, kita tak boleh ubah takdir Tuhan.”

Itulah luahan pengacara dan pelakon, Myra Natasya Abdullah, 27, yang juga anak tunggal pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 56, mengenai status dirinya berbintikan Abdullah dan bukannya Halim.

Menjelaskan perkara itu, Myra berkata, ibu bapanya berkahwin di Thailand pada 1994 dan turut bercerai di sana pada 1998.

“Saya pula lahir pada 1995 dan ia menyukarkan untuk ‘bintikan’ nama bapa kerana perkahwinan itu tidak didaftarkan di negara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Myra berkata, mungkin ada sebab kenapa Tuhan meletakkan dirinya pada jalan ini untuk mengingatkan orang lain, namun yang pasti segala kebaikan itu Allah Maha Tahu buat semua hamba-Nya.

“Saya cerita semua ini pun ikhlas dan saya tak pernah rasa malu. Ini kerana saya terima apa yang Allah bagi kepada saya dan semuanya sudah pun berlaku,” katanya.

Myra berkata, pertama kali dia bertemu bapanya ialah ketika dia berusia 10 tahun.

Katanya, ketika di sekolah rendah, dia sering tertanya-tanya kenapa bahagian maklumat bapa pada borang diisi ditulis tidak berkenaan termasuk sijil kelahirannya.

“Apapun, saya sangat teruja kali pertama dipertemukan dengan ayah ketika itu. Perasaan terujanya seperti jumpa artis dan dia adalah ayah kandung saya. Malah, saya jadi ada banyak keinginan agar kami dapat hidup bersama sebagai satu keluarga.

“Apapun, saya faham ibu bapa sudah ada haluan hidup mereka masing-masing. Sejak berjumpa ayah, hubungan kami baik dan dia juga tidak mengabaikan saya. Ayah sangat bertanggungjawab menjaga segala keperluan dan pelajaran saya,” katanya.

Menurut Myra, dia sedikit pun tidak menyalahkan ibu bapanya diatas segala yang berlaku.

Katanya, ia takdir yang semua orang tidak mahu situasi sebegini berlaku kerana tiada siapa yang sudah berkahwin mahu bercerai.

“Sekarang ini saya berasa bebas jadi diri sendiri, tidak perlu bersembunyi lagi. Saya pun bersyukur dan gembira kerana selepas identiti diri didedahkan, banyak sokongan positif diterima daripada ramai orang,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro mendedahkan Myra yang juga bekas peserta Dewi Remaja 2019 serta pernah menjadi pengacara Didik TV dan pelakon drama Republic Of Gombak di TV3 adalah anak Halim Othman selepas 27 tahun ‘dirahsiakan’.

Difahamkan, Myra adalah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat