Oppo perkenal A96

- Advertisement -

Pengeluar peranti pintar terkemuka, Oppo Malaysia mengumumkan barisan peranti baharu menerusi kod produk A.

Kali ini, Oppo memperkenalkan Oppo A96 yang menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 680 serta menyokong sambungan 4G.

Menyentuh aspek spesifikasinya, Oppo A96 ini menggunakan keupayaan memori (RAM) 8GB bersama-sama skrin berkeluaran 6.59 inci paparan IPS LCD dengan kadar segar semula 90Hz.

Ia sekali gus sesuai untuk setiap mod kepenggunaan daripada pengguna biasa sehingga kepada mod permainan memandangkan skrin peranti ini menyokong 90Hz sesuai dengan penawaran peranti mercu pada hari ini.

Tanda harga untuk peranti ini adalah RM1299 dengan beberapa pilihan warna seperti Pastel Pink dan Starry Black.

Ia juga sudah boleh dipratempah bermula hari ini hingga 22 April dengan sejumlah hadiah percuma sehingga RM1,055.

Oppo A96 didatangkan dengan storan dalaman 256GB dan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Bagi keupayaan kamera pula, tetapan kamera berkembar turut digunakan dengan tetapan 50MP lensa utama bersama 2MP lensa bokeh.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat