Ahli MPT Bersatu Nafi Keluar Kenyataan Hishamuddin Rancang Bubarkan UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan media yang mendakwa terdapat perancangan membubarkan UMNO dan menyertai Bersatu.

Semalam ada pihak menyebarkan kenyataan media palsu Muhammad Faiz bertajuk “Kluster Mahkamah Penghalang Penyatuan Ummah”.

Muhammad Faiz dalam melalui ciapan twitter beliau pagi tadi memuat naik tangkap layar kenyataan media dengan nama beliau tersebut dengan meletakkan cop “FITNAH”

Kenyataan media palsu tersebut yang tular melalui rangkaian perbualan WhatsApp antara lain mendakwa para Menteri dan Timbalan Menteri UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Hishammudin Hussien melalui gerakan UMNO 3.0 telah bersetuju untuk membubarkan UMNO dan secara ‘lock, stock and berrel’ membawa UMNO kepada Bersatu demi penyatuan ummah.

Namun ‘katanya’, segala usaha dihalang oleh Kluster Mahkamah dengan membeli perwakilan UMNO Bahagian walhal akar umbi UMNO juga sepakat dengan perancangan UMNO 3.0.

Selain itu, kenyataan media palsu tersebut turut menyatakan “ramai pemimpin kasta bawahan UMNO marah kenyataan saya menyifatkan Kluster Mahkamah sebagai binatang politik. Kemarahan ini sebenarnya adalah skrip yang berbayar.

“Hal yang saya nyatakan adalah fakta kerana Kluster Mahkamah adalah batu penghalang kepada penggabungan dua parti terbesar melayu dibawah payung baharu iaitu Bersatu.”

Semalam Muhammad Faiz dikecam kerana melabel Kluster Mahkamah sebagai binatang politik. Muhammad Faiz dipercayai merujuk kepada frasa politik Aristotle “man is by nature a political animal”.

Dipercayai kenyataan media palsu tersebut adalah sebagai tindak balas kumpulan tertentu bagi memanaskan hubungan UMNO-Bersatu dalam Kerajaan.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat