Seramai 451,237 individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR: Seramai 451,237 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 726,411 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini kini berjumlah 1,177,648 dos.

Menerusi satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 101,208 individu, diikuti Kuala Lumpur (80,978), Johor (70,999), Sarawak (70,592) dan Perak (60,384).

Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini pula ialah Selangor dengan 64,306, diikuti Perak (48,926), Sabah (43,452), Kuala Lumpur (40,681) dan Sarawak (35,653).

Mengenai jumlah individu yang mendaftar untuk program imunisasi itu, Dr Adham berkata setakat semalam, seramai 9,048,237 atau 37.30 peratus daripada yang disasarkan telah mendaftar, dengan Selangor kekal mencatatkan angka tertinggi sebanyak 2,375,926 pendaftaran.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga bulan ini, melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua yang bermula April hingga Ogos tahun ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya, manakala fasa ketiga dijadual bermula Mei hingga Februari 2022 melibatkan individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

– BERNAMA

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa Satu Tindakan Keji Dan Tidak Berperikemanusian – Exco Pemuda UMNO

CYBERJAYA: Exco Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin mengecam serangan Tentera Israel terhadap umat Islam Palestin yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis tanpa...

Malaysia Kecam Pencerobohan Dan Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis. Ketegasan Malaysia itu disuarakan oleh Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin...

Pahang Sumbang RM10,000 Ringankan Bebanan Siti Sarah

RAUB: Kerajaan negeri Pahang menyumbang sebanyak RM10, 000 untuk membantu adik Siti Sarah Ishak yang telah menjalani pembedahan jantung kali ke-2 di Hospital CVSKL...