Kluster Mahkamah ibarat binatang politik tunggang Ketuanan Melayu : Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemimpin politik yang dikategorikan dalam “Kluster Mahkamah” dianggap sebagai binatang politik yang mempergunakan Ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi, dakwa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na’aman.

Menurut beliau, “Kluster Mahkamah” ialah sekelompok binatang politik (biasanya berumur) yang sudah terlalu lama menjadi warlord dalam arena politik negara.

“Mereka menjadikan wadah ‘Ketuanan Melayu’ sebagai tirai untuk melindungi ketamakkan serta kepentingan peribadi dan kelompok kecil lingkungan mereka sahaja, hampir seperti modus operandi kartel projek yang dibanteras oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini,” katanya memetik Malaysiakini.

Faiz tidak menamakan secara khusus pihak itu.

Bagaimanapun, Kluster Mahkamah biasanya merujuk kepada pemimpin UMNO yang berdepan perbicaraan kes mahkamah selepas kejatuhan BN dalam pilihan raya umum lalu.

Kumpulan yang lantang mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini juga sering dituduh cenderung membentuk kerjasama politik dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat