Zahid anggap akar umbi ‘stakeholder’ utama UMNO, tak menyesal akur putus dengan Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tegas mempertahankan tindakan UMNO yang mengikut kehendak akar umbi untuk putus kerjasama politik dengan Bersatu meskipun dikritik hebat.

Kata Presiden UMNO itu sebaliknya menganggap akar umbi adalah ‘stakeholder’ utama UMNO.

“Saya tahu suara-suara mendakwa kononnya Presiden UMNO melakukan kesilapan kerana terlalu mengikut kehendak akar umbi.

“Suara-suara mendakwa pandangan lebih 3.3 juta akar umbi parti jangan galak dituruti kerana mereka kurang arif apa yang terbaik untuk UMNO.

“Suara dari luar parti itu berfikiran kerana terlalu mengikut kemahuan akar umbi maka UMNO terpaksa berdepan pelbagai cabaran.

“Tidak. UMNO tidak begitu. UMNO tidak sesekali akan mengabaikan akar umbinya. Akar umbi UMNO yang membentuk parti keramat ini,” tegas Zahid.

Beliau menjelaskan bahawa akar umbi ‘stakeholder’ utama UMNO di mana pimpinan UMNO wajib menjaga kepentingan jutaan ahlinya di seluruh negara.

“Ini juga bermaksud menterjemahkan apa yang dipersetujui terbaik oleh para akar umbi UMNO untuk parti ini.

“Presiden UMNO sedar jika peperangan dikatakan dimenangkan oleh para perajurit, maka akar umbi UMNO adalah para prajurit parti ini.

“Seramai 3,359,368 perajurit UMNO di 191 bahagian dan 21,883 cawangan di seluruh negara akan terus dihormati dan dilindungi kepentingan mereka oleh pucuk pimpinan parti,” ujar Zahid. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat