Zahid Ucap Takziah Pemergian Farid Ismeth Emir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Berikutan pemergian lagenda pembaca berita RTM, Allahyarham Farid Ismeth Emir hari ini di hospital Assunta Petaling Jaya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut berkongsi rasa simpati beliau terhadap keluarga Allahyarham.

Melalui akaun media sosialnya, Zahid menuliskan ucapan ini, “انا لله وانا اليه راجعون
Takziah kepada seluruh ahli keluarga Farit Ismeth Emir atas pemergian beliau. Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, dan masukkan dia dalam kalangan orang-orang soleh dan beriman”.

Bagi generasi muda yang mungkin tidak mengenali Allahyarham, ketika hayatnya Allahyarham adalah personaliti TV yang paling dinanti setiap kali segmen Berita Dunia pada pukul 10 malam.

Populariti Allahyarham melonjak naik terutama ketika perang Teluk 1991 meletus. Memandangkan sumber maklumat pada waktu itu terhad melalui TV dan Radio (selain suratkhabar), penampilan dan gaya penyampaian beliau memang menjadi tumpuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat