Jumlah Jangkitan Baru Menurun, Tiada Kematian Covid-19 Hari Ini – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Tiada kematian akibat jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini dengan 36 kes baru direkodkan dalam tempoh 24 jam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif wabak berkenaan sebanyak 5,425 dan angka kematian kekal 89.

Bilangan jangkitan terbaru hari ini juga merupakan angka terendah sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas.

Bercakap pada sidang media harian Covid-19 di sini, beliau berkata, kes pulih wabak itu terus mengatasi kes baru dengan 98 pesakit dibenarkan keluar wad.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 3,295.

Kata Noor Hisham, sehingga kini 45 pesakit positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 28 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun berlaku penurunan kes baru sejak beberapa hari lalu, terdapat kemungkinan bilangannya meningkat dalam tempoh 2 minggu akan datang.

Beliau berkata, ini kerana aktiviti pengesanan kes Covid-19 masih giat dijalankan, terutamanya ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara serta kawasan yang terlibat di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat