‘Maki Orang, Buat Muka Marah Kalau Nak Jadi Macam Ustaz Abu Syafiq’

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Personaliti TV, Amin Idris memberikan ‘5 petua’ mudah seandainya ingin mengikut jejak langkah penceramah bebas, Mohd Rasyiq Mohd Alwi.

Amin berkata demikian melalui satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya sebentar tadi.

“5 langkah mudah kalau nak jadi macam Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary:

1. Maki orang; 2. Buat fitnah orang. Makin orang maki dia, makin dia suka sebab viewers akan ramai; 3. Fakta? Hujah? Tak perlu. Makin banyak maki, makin bagus; 4. Muka kena marah, nada suara kena memekak; dan 5. Jangan lupa No. 1: MAKI ORANG
Jom jadi macam Abu Syafiq,” tulisnya.

Sindiran pedas Amin itu sebagai maklumbalas terhadap kenyataan Mohd Rasyiq atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq yang mengkritik pendekatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam isu nikah online.

Semalam Abu Syafiq melalui satu sidang video menyifatkan pendekatan bekas mufti wilayah itu sebagai aliran pemikiran wahabi.

“Hendaklan kita kembali kepada Allah dan Rasul (dalam isu agama), ini yang disebut oleh Allah sendiri (agar) kembali (merujuk) kepada al-Quran dan hadis Nabi SAW (dan) inikah cara (Islam) yang sebenar.

“Bukan kita kembali (merujuk) hanya kepada kenyataan mereka sebagai fatwa, mufti (atau) menteri sedangkan membawa pemikiran wahabi,” katanya memetik kenyataan di dalam sidang video tersebut.

Jumaat lalu, Malaysia mencatat sejarah apabila pasangan Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif diijabkabulkan secara dalam talian.

Mereka menjadi pasangan pertama di Malaysia dinikahkan melalui sidang video dalam talian yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Majlis akad nikah kedua-dua pasangan berusia 29 tahun itu diadakan di rumah keluarga masing-masing di Setapak dan Setiawangsa, sambil disiarkan secara langsung oleh saluran TV Al-Hijrah.

Dengan sekali lafaz, Muhammad Don Hadi Don Putra bergelar suami kepada Nahdatul Aishah Mohd Sharif selepas diwalikan bapa pengantin perempuan, secara atas talian.

Majlis itu disaksikan Dr Zulkifli selaku Menteri Agama dan Pengarah Jawi, Mohd Ajib Ismail yang dilihat turut berada di rumah pengantin perempuan.

Permohonan kebenaran berkahwin online merupakan inisiatif Jakim dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri bagi memudahkan pasangan yang ingin diijabkabulkan berikutan pelaksanaan PKP.

Antara negara yang melaksanakan nikah secara dalam talian berikutan wabak Covid-19 adalah Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Jabatan Agama Islam Negeri Berbeza Pandangan

Selain Wilayah Persekutuan, Selangor merupakan negeri yang membenarkan pasangan melangsungkan”pernikahan secara online” ketika PKP dilaksanakan. Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) turut mengeluarkan carta khusus untuk panduan bakal pengantin mengenai proses pernikahan ketika PKP.

Bagaimanapun beberapa negeri masih berbeza pendapat mengenai ketetapan pernikahan ketika pelaksanaan PKP.

Di Perak misalnya, majlis akad nikah hanya dibenarkan di Pejabat Agama Islam Daerah selaras dengan lanjutan tempoh PKP.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Mohd Yusop Husin berkata majlis itu hendaklah dikawal selia oleh Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau wakilnya, untuk memastikan beberapa perkara dipatuhi.

Antaranya tidak berjabat tangan ketika lafaz Ijab dan qabul, tiada upacara lain seperti sarung cincin dan bergambar.

Pulau Pinang dan Kedah pula tidak membenarkan sebarang proses pernikahan diadakan sepanjang PKP dilaksanakan.

Bagaimanapun di Kelantan dan Terengganu, pasangan pengantin diminta menangguhkan perkahwinan mereka buat sementara.

Namun, majlis akad nikah dibenarkan jika mendapat keizinan pihak berkuasa dan mematuhi peraturan ditetapkan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat