Anita Azrina ganti Hans Issac sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium kuat kuasa hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Bekas pengurus besar kanan komunikasi strategik Kumpulan Petronas Datin Anita Azrina Abdul Aziz dilantik pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu berkuat kuasa hari ini.

Perkembangan itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang memaklumkan Anita Azrina akan menjawat jawatan itu bagi penggal 2025-2027.

Beliau berkata selain Anita Azrina, pihaknya turut melantik Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Windsor John sebagai Timbalan Pengerusi PSM yang baharu.

“Kedua-dua mereka (Anita Azrina dan Windsor) merupakan ahli lembaga PSM sebelum ini.

“Saya percaya pengalaman dimiliki Datin Anita Azrina yang merupakan bekas ahli korporat Petronas dan Windsor yang mahir mengenai bola sepak mampu meneruskan usaha dilakukan oleh mantan pengerusi Datuk Hans Isaac,” katanya.

Pada Isnin lepas, Hans menerusi Instagram mengumumkan beliau tidak lagi memegang jawatan pengerusi PSM yang disandangnya sejak dua tahun lepas.

Sebagai rekod, sejak Hans memegang jawatan Pengerusi PSM, beliau berjaya memastikan entiti itu berpendapatan tinggi sebanyak RM10.64 juta pada 2024.

Stadium Nasional Bukit Jalil berhasil menyumbang RM1.8 juta daripada pendapatan yang dijana menerusi aktiviti bukan sukan seperti penganjuran konsert.

Hannah berharap pelantikan Anita Azrina dan Windsor mampu melancarkan program menaik taraf Kuala Lumpur (KL) Sports City sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.

“Saya nak KL Sports City akan terus diubah suai menjadi satu tempat untuk sukan dan rekreasi bertaraf dunia,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat