Kabinet tak bincang pemberian bantuan Aidilfitri penjawat awam – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak membincangkan mengenai keputusan untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam dalam mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini.

Perkara itu disahkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil pada sidang akhbar pada Rabu.

“Masih ada masa tapi tak dibincangkan (BKK Aidilfitri) hari ini.

“Kita belum nak beraya lagi,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan supaya menyalurkan BKK Aidilfitri kepada penjawat awam.

Presidennya Datuk Dr Adnan Mat dilaporkan berkata, pemberian BKK penting bagi meringankan beban perbelanjaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Jelasnya lagi, sambutan Aidilfitri sering membabitkan peningkatan perbelanjaan, khususnya bagi mereka yang perlu membuat persiapan pulang ke kampung halaman, menyediakan keperluan asas keluarga, serta memenuhi keperluan pendidikan anak-anak yang semakin meningkat.

Menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memilih skim berkenaan turut menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa iaitu lapan peratus bagi Fasa 1 pada Disember 2024, manakala tujuh peratus untuk Fasa 2 pada Januari 2026.

Sementara itu, bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) akan menerima pelarasan gaji tujuh peratus dengan empat peratus bagi Fasa 1 dan tiga peratus bagi Fasa 2, menerusi SSPA yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Ogos lalu.

Malah, pada Februari lalu, penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak telah menerima BKK sebanyak RM500 manakala, pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat