“Tanggungjawab Presiden Pas sangat berat, Samsuri tak akan rebut jawatan itu”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak pernah memikirkan bertanding sebagai Presiden parti itu.

Hal ini katanya kerana tanggungjawab jawatan tersebut sangat berat.

Menurutnya, jawatan yang disandang ketika ini pun sudah agak berat apatah lagi jawatan sebagai pemimpin nombor satu Pas.

“Manalah saya layak. Saya ini sebagai Naib Presiden pun begitu berat bagi saya.

“Tentulah lebih berat daripada itu, saya tidak pernah terfikir dan tidak berada dalam jangkauan akal fikiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan namanya dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan parti itu pada September ini, lapor Utusan di Terengganu.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahan jawatan sebagai Naib Presiden, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, beliau masih mempertimbangkannya.

“Kalau ada dicalonkan, saya tengok dulu macam mana, tak tentu lagi. Mana tahu tak cukup pencalonan kerana untuk bertanding ada syaratnya.

“Kalau cukup memenuhi syarat, baru boleh bertanding tetapi memerlukan persetujuan daripada individu berkenaan.

“Jadi untuk Naib Presiden, kalau saya rasa macam saya perlu beri ruang kepada muka-muka baharu yang lebih segar umpamanya, mengapa tidak saya mengundurkan diri.

“Tidak ada masalah. Kita dalam Pas ini, suasana demokrasi yang sangat harmoni,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat