Usul Haram, Ahli UMNO Adu Kepada ROS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno didakwa melanggar Perlembagaan parti semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 kerana menurut Perlembagaan Umno, Fasal 9.3 yang menyatakan Presiden, Timbalan Presiden hendaklah dipilih Mesyuarat Perwakilan Bahagian tiap-tiap tiga tahun sekali.

Ahli Umno Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom berkata, bagaimanapun usul ‘tambahan’ yang dibawa wakil Umno Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin yang telah mencadangkan dua jawatan tertinggi Umno yang melibatkan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang dan telah mendapat persetujuan majoriti daripada perwakilan PAU 2022.

“Sewajarnya pemilihan tiga tahun sekali ini adalah untuk memastikan demokrasi dalam Umno sentiasa subur. Namun, apabila dicadangkan dua jawatan tertinggi ini tidak dipertandingkan, wakil Umno Bahagian Rembau telah membolehkan pihak-pihak yang berkepentingan untuk ambil kesempatan dan secara tidak langsung telah melemahkan serta menjejaskan proses demokrasi di peringkat tertinggi dalam Umno.

“Oleh yang demikian, semangat dan niat di sebalik peruntukan ini telah dilanggar,” katanya dalam satu surat yang dikemukakan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 20 Januari 2023.

Muhammad Fiqri menyatakan Peraturan Umno, Perenggan 10 menyebut semua usul perlu disampaikan selewat-lewatnya 14 hari sebelum hari persidangan; 7 hari jika diusulkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau pada hari persidangan itu sendiri jika MKT menerangkan usul tersebut dan usul mustahak tersebut adalah atas dasar faedah orang ramai.

“Usul ‘tambahan’ tersebut telah diperkenalkan semasa ucapan pencadang usul Ucapan Dasar Presiden pada hari persidangan dan selanjutnya telah melanggar Peraturan 10 di mana telah dinyatakan bahawa apa-apa usul perlulah disampaikan dalam tempoh tertentu.

“Bagi isu usul ini, RoS mempunyai kuasa untuk tidak meluluskan usul yang dibawa atas dasar usul tersebut telah dijalankan secara bertentangan dengan Perlembagaan Umno di mana terdapat pelanggaran dari segi penyampaian notis usul tersebut.

“Kami memohon agar pihak RoS boleh mempertimbangkan perkara di atas dan seterusnya memutuskan tindakan lanjut wajar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat