Dokumen Laporan Khas Impak Banjir Dikeluarkan Minggu Depan – DOSM

- Advertisement -

KUBANG PASU – Dokumen laporan khas impak banjir yang melanda negara pada Disember lalu dijangka akan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada minggu hadapan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, hasil survei impak itu kini berada pada peringkat akhir sebelum diserahkan kepada kerajaan.

Katanya, survei berkenaan dijalankan seawal seminggu selepas bencana banjir berlaku dan melibatkan 50 daerah di seluruh negara.

“Survei ini turut dijalankan bersama beberapa agensi Persekutuan dan negeri yang terlibat dalam mendaftarkan mangsa banjir dan penyaluran bantuan,” katanya ketika ditemui di Program Sesi Bersama Komuniti di Kampung Wang Tepus, Jitra di sini pada Khamis.

Menurutnya, setakat ini berdasarkan dapatan awalan kerugian impak banjir ini dianggarkan mencecah antara RM5.3 hingga RM6.5 bilion.

Mohd Uzir (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna di Program Sesi Bersama Komuniti di Kampung Wang Tepus, Jitra di sini pada Khamis.

“Daripada jumlah itu, kita pecahkan kepada aset awam dan infrastruktur RM2 bilion, tempat kediaman RM1.2 hingga RM1.4 bilion dan kenderaan RM1.3 bilion.

“Selain itu, pembuatan RM800 juta hingga RM1 bilion, premis perniagaan RM600 juta dan pertanian RM49.9 juta.

“Tetapi masa kita keluarkan dapatan awalan ini ada banjir yang masih belum berakhir itu sebab kita letak ‘range’ tersebut. Angka sebenar kita akan umumkan secara rasmi nanti,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Uzir yakin impak banjir kepada ekonomi sangat minimun berikutan limpahan air berlaku di kawasan perumahan.

“Insya-ALLAH (banjir) ini juga tidak akan melibatkan peningkatan dalam pengangguran dan sebagainya,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat