Lelaki Ditahan Ketika Proses Ketum Dalam Rumah

- Advertisement -

TAIPING – Seorang lelaki ditahan ketika memproses ketum dalam rumah milik isterinya di Kampung Permatang Raja, Padang Gajah dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, lelaki itu ditahan dalam serbuan oleh anggota polis pada pukul 11.15 malam.

Menurutnya, ketika ditahan, suspek yang berusia 51 tahun sedang memproses air ketum untuk dijual.

“Pemeriksaan anggota polis di bahagian dapur rumah menemukan dua tong berwarna oren dan biru serta dua bakul plastik berwarna hitam dan hijau.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 193 botol plastik, 33 paket plastik dan 20 tong plastik yang berisi cecair dipercayai air ketum.

“Air ketum yang dirampas sebanyak 733.7 liter bernilai RM7,337,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini..

Osman berkata, suspek sudah berkahwin dan mempunyai empat anak selain suspek dipercayai terlibat menjual air ketum sejak empat tahun lalu.

“Berdasarkan semakan, suspek mempunyai empat rekod kesalahan lampau dan kini direman selama tiga hari sehingga Sabtu,” katanya.

Menurutnya, suspek mendapatkan bekalan daun ketum dari luar daerah Taiping dan menjual air ketum pada pada harga RM10 seliter.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat