PM sentiasa Melayu, pinda Perlembagaan jadikan Malaysia negara aparteid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membataskan jawatan Perdana Menteri kepada orang Melayu-Islam tidak boleh dibuat sesuka hati semata-mata mahu menjaga kepentingan golongan tertentu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, hal itu kerana peruntukan sedia ada telah menjamin hak dan kepentingan semua kaum, termasuk kedudukan istimewa orang Melayu serta pribumi Sabah dan Sarawak.

“Sebagai pengamal undang-undang dan Ahli Parlimen, Perlembagaan menjaga hak semua pihak. Walaupun benar menurut Perlembagaan Persekutuan bahawa orang bukan Melayu dan bukan Islam boleh menjadi Perdana Menteri di bawah perkara 43(2)(a), tetapi realiti politik dan jumlah penduduk majoriti negara ini ialah bangsa Melayu.

“Maka daripada segi kesesuaian politik, jawatan Perdana Menteri akan sentiasa disandang oleh orang Melayu,” lapor Kosmo! di Johor, semalam.

Khamis lalu, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya hanya orang Melayu-Islam boleh menjadi Perdana Menteri.

Kenyataan Ahli Parlimen Machang itu dibuat susulan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menegaskan tiada sekatan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, jika Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya ada peruntukan bahawa hanya Melayu sahaja boleh jadi Perdana Menteri, beberapa masalah akan timbul.

“Pertama, peruntukan seperti itu akan menjadikan Malaysia sebuah negara aparteid.. Dasar aparteid juga yang diguna rejim zionis Israel ke atas rakyat Palestin. Sudah tentu kita tidak mahu Malaysia jadi negara aparteid.

“Kedua, ia akan bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua rakyat Malaysia sama rata di sisi undang-undang.

“Namun begitu, orang Melayu tidak perlu bimbang tentang kedudukan Islam, raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Isu ini jelas di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat