Tarik balik label aparteid jika pinda Perlembagaan Persekutuan – Wan Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR-Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan NGO untuk menarik balik label aparteid terhadap usaha mengubah Perlembagaan Persekutuan supaya sama dengan undang-undang tubuh negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang mengingatkan, apabila ahli Parlimen Pasir Gudang dan penyokong Pakatan Harapan (PH) kata Perlembagaan Persekutuan wajibkan Perdana Menteri Melayu sebagai aparteid, adakah PH kata undang-undang negeri Melayu sebagai aparteid?

“Ketua Negeri di negeri-negeri tadi ialah Melayu, sama dengan keadaan Malaysia di mana Ketua Negara iaitu Yang Dipertuan Agong ialah Melayu.

“Kami mahu Ahli parlimen Pasir Gudang dan NGO tarik balik balik label aparteid terhadap usaha mengubah Perlembagaan supaya sama dengan undang-undang tubuh negeri,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal berkata demikian susulan, heboh negara apabila Tan Sri Lim Kit Siang cetuskan idea Perdana Menteri bukan Melayu.

“Apabila saya cadang untuk ubah Perlembagaan Persekutuan supaya hanya Melayu saja boleh jadi Perdana Menteri, penyokong PH kata kami aparteid. Mereka kata undang-undang sebegini aparteid.

“Tapi jika kita lihat Perlembagaan negeri-negeri Tanah Melayu, syarat sebegini bukan sesuatu yang baru.

“Ketua Kerajaan wajib daripada bangsa Melayu, ada dalam undang-undang tubuh negeri seperti berikut: Artikel 51 dan Artikel 53, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 ;Perkara 37 (2), Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis 1959; Perkara 35(2), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah 1959; Fasal 2 dan fasal 24, Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk (Perlembagaan Negeri Terengganu); Perkara 12(2) Undang-undang Tubuh Kelantan.

“Begitu juga dengan Undang-undang Johor Perkara 27(A); Perkara 2,XXXVI(2) Negeri Sembilan; Bahagian 2, Bab 1 (3) Pahang,” ujarnya.

Bahkan kata beliau, pada 28 Disember 2009 semasa Ijtimak Ulama Muda Kelantan, Allaryarham Tuan Guru Nik Aziz pernah menimbulkan idea untuk ubah syarat Melayu itu kepada syarat beragama Islam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat