KESUMA, PERKESO adakan program galakkan penyertaan tenaga kerja – Steven Sim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempergiatkan pelbagai program bagi menggalakkan penyertaan tenaga kerja dalam bidang sesuai dengan kemahiran dan kelayakan.

Menterinya Steven Sim berkata, ia melibatkan platform seperti MYFutureJobs, pembangunan Sistem ‘Carrier Bridge Tool’ dan ‘Wage Guide’ serta kerjasama dengan pelbagai industri.

“KESUMA juga melalui agensi seperti Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) menawarkan pelbagai program reskilling dan upskilling berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Program itu meliputi latihan teori dan praktikal yang disesuaikan dengan keperluan semasa industri,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

“Bagi tahun 2024, sebanyak 66 Memorandum Kerjasama (MoC) telah dimeterai, mencakupi pelbagai bidang dan industri seperti minyak dan gas, elektrik dan elektronik, automotif, hospitaliti, pembinaan, perladangan, perabot dan telekomunikasi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sim berkata kerjasama diantara kerajaan dan industri perlu dipertingkat bagi menyediakan latihan kemahiran yang sesuai dengan keperluan semasa industri.

“Trend ekonomi negara perlu berubah seiring dengan perkembangan arus perdana dan tidak boleh lagi kekal pada pola 10 tahun lalu, yang menyaksikan kekangan dalam mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi.

“Laporan Bank Dunia menunjukkan hanya Kadar guna tenaga tidak penuh pada suku ketiga 2024 turun kepada 36.8 peratus berbanding 37.3 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

“Kalau kita kekal dengan trend ekonomi 10 tahun lalu, negara kita hanya terperangkap dalam perangkap pendapatan sederhana (‘middle income trap’), dan tidak mampu menjana pekerjaan bergaji tinggi mencukupi,” katanya.

Beliau memaklumkan peningkatan jumlah tenaga kerja tidak penuh hanya melibatkan tambahan 10,000 orang pada suku ketiga tahun ini berbanding suku sebelumnya.

“50,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi diwujudkan setiap tahun, sedangkan lebih 300,000 graduan tamat pengajian dalam tempoh yang sama.

“Menaikkan siling ekonomi bermaksud perniagaan Malaysia harus menawarkan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi, sekali gus membuka peluang pekerjaan bergaji tinggi,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat