- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran khas untuk baki Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri ‘MADANI’ bermula 18 November 2024.
JPJ menyenaraikan dua kategori ditawarkan untuk NPI ini pada harga berikut iaitu Kategori Popular RM250 (tidak termasuk fi perkhidmatan).
Manakala bagi kategori semasa iaitu RM100 (tidak termasuk fi perkhidmatan.
NPI siri ‘MADANI’ ini boleh diperoleh di Bahagian Perlesenan Kenderaan Ibu Pejabat JPJ Malaysiadan JPJ Pejabat Negeri.
“Kepada mereka yang berminat, permohonan mesti disertakan bersama dokuman seperti salinan kad pengenalan, SSM, dan borang JPJeBid yang boleh dimuat turun di Portal Rasmi JPJ. Fi perkhidmatan NPI ini RM10 sahaja,” kata JPJ.