Perlumbaan PRU15 Bermula, Pengundi Tunai Tanggungjawab

- Advertisement -

BERA – Seawal jam 7.30 pagi pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong hadir menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Meski hujan renyai namun, itu bukan penghalang pengundi tiba awal di pusat pengundian.

Suara.TV berkesempatan menemu bual pasangan adik beradik yang merupakan pengundi kali pertama.

Pensyarah sambilan, Nurul Nabila Rosli, 25 dan adik lelakinya, Mohd Haikal Rosli,21 berkata, perasaan pulang mengundi dari Shah Alam ke Bera ibarat balik raya.

Kata Nurul Nabila, dia balik untuk menunaikan tanggungjawab demokrasi sebagai rakyat Malaysia dan berharap negara ditadbir dengan baik serta memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Selain itu, pasangan suami isteri warga emas, Jamain Denan, 86 dan Kamaliah Denan,82 tetap hadir melunaskan tanggungjawab meskipun berkerusi roda.

Sementara itu, seorang penoreh getah, Robiah Zakaria, 61, antara pengundi terawal tiba di pusat mengundi kerana akan ke ladang selepas menunaikan tanggungjawab.

“Saya datang awal sebab lepas saja selesai mengundi ni terus pergi menoreh.

“Harap sangat kerajaan yang baru dapat bantu bela nasib penoreh macam kami, dapatlah tingkatkan pendapatan,” ujarnya.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,477FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat