Calon PN DUN Tioman Meninggal Dunia, Pengundian Ditangguh

- Advertisement -

KUANTAN- Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Tioman meninggal dunia hari ini.

Md Yunus Ramli disahkan meninggal dunia jam 3.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, Md Yunus dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, allahyarham disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rompin,” katanya.

Beliau berkata, susulan kematian calon bagi kerusi DUN Tioman, pengundian bagi kerusi itu ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat