Cuma DUN Tioman Ditangguh, Pemilihan Parlimen Rompin Diteruskan

- Advertisement -

KUANTAN – Susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN) DUN Tioman, Md Yunus Ramli penangguhan pilihan raya membabitkan DUN berkenaan sahaja manakala pemilihan Parlimen diteruskan.

Pegawai Pengurus Plihan Raya P.091 Rompin, Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek memberitahu, pengeluaran kertas undi bagi DUN N.41 Tioman ditangguhkan.

“Dukacita dimaklumkan calon pilihan raya bagi DUN Tioman, Md Yunus BIN Ramli dari parti Perikatan Nasional (PN) telah meninggal dunia pada 19 November 2022 jam 2.40 pagi.

“Oleh yang demikian, pengeluaran kertas undi bagi DUN Tioman adalah ditangguhkan. Penangguhan ini hanya melibatkan DUN berkenaan sahaja manakala pemilihan bagi kawasan Parlimen Rompin akan dijalankan seperti biasa.

“Maklumat lanjut akan dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari semasa ke semasa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat