BN Yakin Malam Ini Bentuk Kerajaan, Majoriti 112 Kerusi

- Advertisement -

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat membentuk kerajaan baru malam ini dengan gabungan parti dari Sarawak dan Sabah.

Kata beliau, sekiranya BN berjaya menawan 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini, pembentukan kerajaan dan angkat sumpah Perdana Menteri akan dibuat malam ini.

“Saya harap (bentuk kerajaan malam ini) sebab sasaran kita boleh cross 112 untuk kita boleh bentuk kerajaan. Kalau sudah dapat majoriti mudah kita akan bentuk kerajaan.

“Jika sudah boleh dapat 112 kerusi untuk bentuk kerajaan dengan majoriti mudah, kita akan bentuk kerajaan malam ini,” katanya ketika ditemui selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong, pada Sabtu.

Terdahulu, Ismail Sabri bersama isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di SMK Bandar Kerayong jam 9.22 pagi.

Ismail Sabri dan isteri selesai menunaikan tanggungjawb selepas beratur selama satu jam bersama pengundi lain.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sama ada kerajaan BN dapat dibentuk bersendirian atau perlu gabungan parti lain selain GPS dan GRS hanya akan diputuskan kepimpinan tertinggi parti.

“BN tidak akan meninggalkan parti GPS dan GRS untuk membentuk kerajaan.

“Gabungan dengan parti lain hanya diputuskan nanti bergantung kepimpinan utama, sekarang belum tahu lagi,” ujarnya.

Ismail Sabri yang juga calon BN Parlimen Bera berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan baru akan dibentuk malam ini atau tarikh lain.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat