20 Peratus Keluar Mengundi Setakat 10 Pagi

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, statistik yang keluar mengundi setakat jam 10 pagi ialah sebanyak 20 peratus.

“Statistik keluar mengundi bagi Hari Mengundi PRU Ke-15 pada jam 10:00 pagi. Peratus keseluruhan 20 peratus,” tulis SPR di Twitter rasminya hari ini.

Selepas dua minggu berkempen, seramai 20,853,681 rakyat Malaysia mula menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih 221 Ahli Parlimen dan 117 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang serta Bugaya di Sabah hari ini.

Pengundian akan bermula jam 8 pagi hingga 6 petang manakala di Sabah dan Sarawak pengundian bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

SPR membuka sebanyak 8,958 Pusat Mengundi dan 38,348 Tempat Mengundi (Saluran).

Keputusan PRU-15 akan diketahui malam nanti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat