Proses Pengundian Harmoni Seluruh Negara-PM

- Advertisement -

BERA – Perdana Menteri berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hari pengundian berjalan dalam suasana aman dan harmoni tanpa wujud sebarang provokasi daripada parti yang bertanding.

Jelas beliau, keharmonian ini perlu dikekalkan selepas ini tanpa mengira parti mana yang bakal membentuk kerajaan kelak.

“Saya berharap keharmonian sepanjang tempoh berkempen sebelum ini dapat diteruskan selepas tamat hari pengundian.

“Setakat ini tiada laporan kekecohan yang dilaporkan dan saya berpuas hati dengan perjalanan hari pengundian,” katanya ketika ditemui media selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong, pada Sabtu.

Terdahulu, Ismail Sabri bersama isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di SMK Bandar Kerayong jam 9.22 pagi.

Ismail Sabri dan isteri selesai menunaikan tanggungjawab selepas beratur selama satu jam bersama pengundi lain.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut mengucap takziah atas pemergian calon Perikatan Nasional (PN) kerusi DUN Tioman, Md Yunus Ramly pagi ini.

Beliau berkata, sebarang keputusan mengenai perjalanan pengundian bagi kerusi itu diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham (Md Yunus) atas pemergiannya awal pagi ini.

“SPR akan menentukan tarikh baharu bagi pengundian kerusi DUN berkenaan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Md Yunus disahkan meninggal dunia jam 2.40 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Semalam, SPR menetapkan pengundian PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, ditunda ke 7 Disember depan berikutan kematian seorang calonnya daripada Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya yang juga penyandang kerusi Parlimen itu, Rabu lalu.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat