Kalau dah rezeki…

- Advertisement -

REZEKI tidak pernah salah alamat.

Itulah kata-kata yang dapat menggambarkan kemenangan penyanyi, Dinie Rashid dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34), baru-baru ini.

Walaupun kehadirannya sebagai penyanyi dalam industri muzik tanah air ‘diraikan’ oleh pandemik Covid-19, itu tidak menghalang Dinie untuk terus meluahkan kesyukuran atas penerimaan baik oleh peminat.

“Saya tak pernah meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Dapat tercalon dalam satu kategori pun sudah menjadi satu penghargaan besar buat saya sebagai pendatang baharu.

“Saya tak nafikan rasa sedih kerana tak dapat melalui proses dan buat benda-benda yang dilakukan oleh artis-artis sebelum penularan Covid-19. Namun, saya sangat bersyukur kerana peminat masih dapat menerima kehadiran saya dengan sangat baik,” katanya.

Ditanya mengenai usahanya untuk memastikan namanya kekal relevan memandangkan artis baru muncul seperti cendawan selepas hujan, Dinie akan sentiasa memastikan dirinya tampil dengan material yang lebih baik.

“Saya tak nafikan memang akan sentiasa ada pendatang baharu yang muncul dan anugerah ini juga sentiasa bertukar tangan. Doakan perjalanan saya. Insya-Allah, saya akan berusaha untuk keluarkan material yang lebih baik.

 

 

“Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk kekal relevan dalam industri muzik ini,” katanya.

Dalam laporan Harian Metro sebelum ini, Dinie menegaskan bahawa kehadirannya dalam industri muzik tanah air bukan bertujuan untuk meraih simpati peminat dengan kekurangannya yang cacat penglihatan.

“Saya tak mahu gunakan kekurangan saya sebagai ruang untuk meraih simpati sebaliknya, saya akan gunakannya untuk keluarkan kelebihan saya sekali gus membuktikan kemampuan saya sebagai penyanyi.

“Saya bersyukur dengan segala rezeki yang saya terima sepanjang proses ini,” katanya.

Dikenali sebagai pakar motivasi sebelum melangkah masuk ke dalam industri seni, Dinie juga kini ditawarkan peluang untuk melebarkan sayap seninya dalam bidang lakonan.

“Saya ada terima tawaran lakonan, namun saya perlu fikirkannya kalau ada yang sesuai atau tidak. Terbaru, saya kini baru saja selesai menyiapkan single baru dan akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya.

Harian Metro

Previous article
Next article
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat