Implikasi Besar Jika Belanjawan 2021 Tidak Lulus – Pakar Perlembagaan

Pelan B: UMNO dan PH Bentuk Kerjasama

CYBERJAYA: Kerajaan baharu di Perak berkemungkinan akan dibentuk hasil kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani. Laporan yang memetik sumber yang enggan...

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

KUALA LUMPUR – Sekiranya Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat tidak diluluskan, ia boleh menyebabkan ketidaktentuan dalam konteks keselamatan dan sosial negara, menurut Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu A. Aziz.

Beliau yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata jika Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 itu tidak diluluskan, implikasinya adalah sangat besar, serius dan berbahaya.

Katanya kerajaan tidak dapat menggunakan wang perbendaharaan negara dan akan memberi kesan yang amat besar kepada rakyat terutama penjawat awam dan pihak swasta yang berhubungan dengan kerajaan seperti kontraktor.

“Sekiranya tidak diluluskan, maka ada masalah untuk kerajaan menjalankan urusan pentadbiran negara, pembayaran gaji kakitangan awam dan usaha berkaitan pembangunan serta menangani pandemik COVID-19, selain usaha memulihkan keadaan ekonomi akan menjadi masalah,” katanya pada program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV hari ini.

Shamrahayu berharap semua Ahli Parlimen boleh berkompromi dan bertoleransi untuk memastikan belanjawan tersebut diluluskan demi kepentingan dan kemaslahatan rakyat dan kesejahteraan negara.

“(Bayangkan) Situasi jika penjawat awam tiada gaji, tentunya implikasinya lebih besar, daripada apa yang dihujahkan oleh Ahli Parlimen yang tidak mahu menyokong RUU ini.

“… secara lurusnya, kita perlu luluskan RUU ini, mengimbangi kesan ekonomi terhadap rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam dan kehendak-kehendak yang dituntut oleh Ahli-ahli Parlimen yang menyuarakan pandangan mereka untuk tidak mahu menyokong RUU ini,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan mengenai kemungkinan Belanjawan 2021 tidak diluluskan selepas Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengemukakan beberapa tuntutan sebagai sokongan bersyarat kepada Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 6 Nov lepas.

Antara tuntutannya ialah membenarkan pengeluaran simpanan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanjutan moratorium pinjaman institusi kewangan, selain mempertikaikan cadangan mengembalikan semula Jabatan Hal Ehwal Khas Jasa (JASA) dengan peruntukan besar.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Pelan B: UMNO dan PH Bentuk Kerjasama

CYBERJAYA: Kerajaan baharu di Perak berkemungkinan akan dibentuk hasil kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani. Laporan yang memetik sumber yang enggan...

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...