LRA Rantau Panjang Beroperasi Semula

- Advertisement -

KUALA SELANGOR: Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, di sini, yang dihenti tugas berikutan pencemaran bau seakan pelarut, sudah beroperasi semula.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataan memaklumkan LRA terbabit memulakan semula operasi pada jam 9.30 malam tadi selepas bacaan bau 0 TON direkodkan.

“Siasatan masih lagi dijalankan berkenaan pencemaran bau yang dilaporkan sebelum ini.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada 7.10 malam susulan bau dikesan pada bacaan 1 TON di muka sauk LRA itu pada 7 malam.

Kali terakhir LRA Rantau Pajang dihenti tugas ialah pada 10 November lalu, bersama tiga lagi LRA iaitu LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1), LRA Fasa 2 (SSP 2) dan LRA Fasa 3 (SSP 3) berikutan pencemaran bau seakan-akan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor.

Tindakan henti tugas terhadap semua loji itu dilakukan berikutan pencemaran bau dikesan sekitar 8 TON di LRA Rantau Panjang.

Difahamkan, sepanjang tahun ini, LRA Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas enam kali akibat pencemaran sungai, menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual sehingga menjejaskan 1.2 juta akaun pengguna di Lembah Klang – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat