Langkawi ‘Nazak’, Persatuan Pelancong, Pengusaha Feri Rayu PKPB Ditamatkan

Ketua Polis Negara diarah fail pembelaan kes saman guru tadika

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan Ketua Polis Negara (KPN) dan tiga yang lain mengemukakan pernyataan pembelaan terhadap tuntutan saman seorang guru tadika, M Indira...

Kanak-kanak, remaja tidak diberi vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah serta individu yang mempunyai masalah sistem imun tidak akan diberikan vaksin COVID-19. Timbalan Menteri Sains...

Affin Bank jangka impak COVID-19 lebih ketara

KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd menjangkakan impak daripada pandemik COVID-19 menjadi lebih ketara pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, menurut Kenanga...

Peruntukan JPM naik 10.7 peratus, tapi semua duta khas cuma di Kuala Lumpur – Anwar

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut jawapan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peningkatan 10.7 peratus peruntukan kepada...

Perincian i-Sinar diumum KWSP pada 2 Dis

CYBERJAYA: Perincian berkenaan program i-Sinar seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 akan diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Rabu depan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri...

LANGKAWI – Beberapa persatuan mewakili sektor perhotelan, perniagaan serta pemandu pelancong di Langkawi hari ini merayu kerajaan menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di pulau peranginan itu yang kini disifatkan sedang ‘nazak’ ekoran ketiadaan pelancong.

Persatuan berkenaan ialah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah dan Perlis, Persatuan Perniagaan Langkawi (Niagakawi), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) serta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Kedah dan Perlis.

Turut sama membuat rayuan tersebut ialah Dewan Perniagaan Cina Langkawi, Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi serta syarikat pengendali feri Konsortium Ferry Line Ventures.

Timbalan Presiden Niagakawi Datuk Alexander Isaac berkata industri pelancongan Langkawi semakin suram sekali gus menyebabkan kesan terhadap ekonomi penduduk yang amat bergantung kepada kehadiran pelancong.

“Kumpulan ini mewakili lebih 8,000 pekerja yang terlibat secara langsung atau tidak dalam sektor pelancongan. Kami merayu agar kerajaan menamatkan PKPB di Langkawi memandangkan pulau ini berada dalam kategori zon hijau.

“Ketika ini tiada pelancong yang datang, jika kerajaan menamatkan PKPB di Langkawi serta membenarkan perjalanan antara kawasan hijau, keputusan ini bakal memberi sinar kepada pulau ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Alexander berkata selain itu mereka juga berharap kerajaan memberi pertimbangan untuk menyediakan moratorium menyeluruh dan bantuan kewangan segera kepada semua peniaga di Langkawi agar dapat meneruskan perniagaan.

Pengerusi MAH Kedah dan Perlis Eugene Dass pula berharap kerajaan meneruskan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor perhotelan memandangkan mereka telah kehilangan pendapatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sektor pelancongan termasuk hotel terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, justeru kita amat memerlukan perhatian kerajaan, jika boleh selain diskaun bil elektrik, boleh diberi pertimbangan mengenai cukai tanah serta subsidi gaji diteruskan sehingga Jun tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Langkawi Ku Chin Loon berkata kira-kira 300 hingga 400 ahli persatuan itu kini bingung memikirkan pengumuman kerajaan pada Belanjawan 2021 berhubung pengenaan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua pulau bebas cukai mulai 1 Jan tahun depan.

“Pelancong datang ke Langkawi kerana pakej menarik yang ditawarkan, mereka juga membuat pembelian barangan bebas cukai seperti rokok. Jika kerajaan teruskan keputusan ini, 300 hingga 400 ahli persatuan ini bakal terkesan.

“Kita baru sahaja mula nak berniaga kembali, bangkit selepas terjejas akibat COVID-19, kami harap kerajaan buat penilaian semula sebelum keputusan ini dilaksanakan,” katanya sambil menambah jualan rokok menyumbang 30 hingga 40 peratus pendapatan kepada ahli persatuan tersebut.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Ketua Polis Negara diarah fail pembelaan kes saman guru tadika

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan Ketua Polis Negara (KPN) dan tiga yang lain mengemukakan pernyataan pembelaan terhadap tuntutan saman seorang guru tadika, M Indira...

Kanak-kanak, remaja tidak diberi vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah serta individu yang mempunyai masalah sistem imun tidak akan diberikan vaksin COVID-19. Timbalan Menteri Sains...

Peruntukan JPM naik 10.7 peratus, tapi semua duta khas cuma di Kuala Lumpur – Anwar

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut jawapan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peningkatan 10.7 peratus peruntukan kepada...