Mesir setuju buka sempadan Gaza, 20 trak bekalan kemanusiaan masuk Jumaat ini – Biden

- Advertisement -

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memaklumkan Presiden Mesir bersetuju untuk membuka laluan sempadan Gaza bagi membolehkan 20 trak dengan bekalan bantuan kemanusiaan menyeberang laluan berkenaan.

Biden memberitahu pemberita, beliau bercakap melalui telefon dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sissi yang bersetuju untuk membuka semula laluan sempadan negaranya yang ditutup.

Biden menyatakan, meskipun lintasan tersebut memerlukan baik pulih akibat pertempuran, bantuan kemanusiaan dijangka dapat sampai ke Gaza menjelang Jumaat.

“Kami ingin mengeluarkan sebanyak mungkin trak, saya kira mungkin 150 atau sekitar jumlah itu. Tidak semua akan bergerak dalam gelombang pertama,” katanya, lapor media antarabangsa.

Kenyataan Biden kepada pemberita dibuat ketika beliau mengakhiri lawatan selama ke Israel semalam, menyaksikan pemimpin AS itu menggesa Israel untuk berundur dari peperangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat