Tiada Rundingan Sulit Zahid, Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tuduhan konon wujudnya rundingan sulit antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah propaganda Bersatu.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah sebaliknya menyifatkan dakwaan yang dicipta Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai cubaan memecah belahkan Umno- BN.

“Hanya strategi dan propaganda Bersatu. Tiada kerjasama mahupun rundingan BN dengan PKR.

“Dakwaan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Bersatu itu sekadar propaganda, tidak bertanggungjawab yang hanya mahu memecahbelahkan Umno-BN,” tegas Shamsul Annuar.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berharap dengan penjelasan ini
semua jentera, ahli dan penyokong BN tidak terpengaruh.

“Kita mesti berwaspada di situasi begini.

“Perkara penting berkaitan parti hanya akan dikeluarkan oleh pimpinan parti melalui saluran rasmi BN sahaja,” ujar Ahli Parlimen Lenggong itu lagi.

Sebelum ini dilaporkan, Bersatu mendakwa wujudnya perbincangan sulit antara Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membentuk kerajaan bersama.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa agenda kerjasama antara Umno dan PKR bertujuan meminimakan pertembungan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekali gus mengusahakan pembentukan kerajaan bersama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat