Persis Di Korea, ‘Flora Park’ Di Cameron Highlands Ini Bakal Jadi Tarikan Pelancong

- Advertisement -

Cameron Highlands merupakan destinasi terkenal pelancong tempatan dan juga luar negara. Mana tidaknya, cuacanya yang sejuk dan memiliki pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi menjadi faktor ia destinasi pilihan ramai.

Terbaharu, sebuah taman bunga akan dibuka di Cameron Highlands pada 1 November 2021. Belum dibuka secara rasmi tetapi beberapa keping gambar memaparkan keindahan taman bunga ini sudah jadi bualan netizen.

 

 

Dikenali sebagai Flora Park Cameron Highlands, ia terletak berdekatan dengan Keafarms dan anda akan disajikan dengan keindahan bunga yang mekar. Malah, anda juga boleh makan di sini ala-ala ‘picnic’ bersama tersayang.

Malah, setiap sudut di taman bunga ini sangat memukau dan sesuai untuk anda yang mencari ketenangan serta mahu bergambar. Pasti ramai yang tidak akan sangka ada tempat secantik ini di Cameron Highlands.

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai orang sudah tidak sabar untuk ke taman bunga ini. Jika anda ke Cameron Highlands kelak, jangan lupa singgah ke sini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat