Langkah kanan rentas negeri

- Advertisement -

Kelonggaran diberikan kerajaan selepas membenarkan merentas negeri, nyata disambut baik semua rakyat Malaysia. Bahkan, kini ramai orang rancak mengatur percutian istimewa mereka bersama keluarga.

Justeru, pada kalangan selebriti juga ramai yang turut menghabiskan masa mereka bercuti di luar ibu kota terutama berkunjung ke pulau indah dalam negara seperti Langkawi, Kedah, Pulau Redang, Terengganu dan banyak lagi

Bagi pelakon, Hairul Azreen dan keluarganya yang kini masih bercuti di Pulau Redang berpeluang menikmati percutian istimewa dan penuh indah mereka atas kapal layar mewah.

Percutian Hairul ke pusat peranginan terkenal di Pantai Timur itu mendapat perhatian apabila dia dari mula berkongsi gambar menaiki helikopter bersama isteri, Hanis Zalikha serta dua anak mereka.

Ibarat langkah kanan, Hairul juga tidak menyangka dia dapat bertemu secara tidak sengaja dengan ahli perniagaan yang juga jutawan terkenal Malaysia, Tan Sri Vincent Tan di sana.

“Percutian kami ke Pulau Redang ini umpama langkah kanan sebab terjumpa dengan salah seorang yang terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan.

“Lepas pertemuan itu, beliau turut mengajak kami sekeluarga naik Superyacht Asean Lady miliknya. Alhamdulilah, rezeki anak-anak,” katanya.

 

HANIS menikmati permandangan indah laut dari atas kapal mewah.
HANIS menikmati permandangan indah laut dari atas kapal mewah.

 

Pelakon berusia 33 tahun ini juga meluahkan rasa teruja menerima layanan istimewa atas kapal layar mewah itu yang baginya pengalaman dan peluang sangat bermakna.

Terdahulu, Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkongsi video dia bersama keluarganya berada atas kapal mewah berkenaan yang begitu menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian dibuatnya, rata-rata netizen pun teruja serta mendoakan rezeki Hairul dan keluarga sentiasa dimurahkan oleh Allah SWT.

Sebelum ini, percutian Hairul bersama isterinya, Hanis Zalikha dan anak mereka benar-benar mencuri perhatian netizen kerana menaiki helikopter.

Pelakon filem Paskal itu dipuji warga maya kerana sanggup berbelanja besar demi memastikan keselamatan isteri dan anaknya terjamin berikutan kini masih pandemik Covid-19 yang belum berakhir.

Pasangan Hairul dan Hanis Zalikha mendirikan rumah tangga mereka pada 5 Jun 2015 dan kini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar berusia lima tahun dan Alisa Aisyah, dua tahun.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat