‘Juri popular, mungkin untuk kumpul penonton’ – Afdlin Shauki

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penerbit, pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki menyifatkan pembabitan juri yang bukan terdiri daripada pelawak dalam pertandingan lawak seperti Maharaja Lawak Mega (MLM) sebagai satu tarikan untuk menambah peminat baharu.

Afdlin berkata, dia pernah menyuarakan pandangan peribadinya kepada Astro untuk mengangkat program MLM ke tahap profesional, bagaimanapun dia memahami konsep dan pendekatan yang ingin dilakukan stesen TV itu.

“Terpulang kepada visi dan apa perancangan Astro. Benda ini dah lama dikongsikan dengan mereka (Astro) untuk menampakkan pertandingan ini lebih professional. Tapi, mungkin target (sasaran) mereka hanya untuk mengumpul penonton melalui pembabitan juri popular.

“Sebagai penerbit saya faham dengan cara ini. Ia pendekatan yang tidak salah untuk diguna pakai jika niat Astro membawakan rancangan ini sebagai sekadar hiburan saja dan bukan untuk menaikkan prestasi lawak di negara ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana memberi kerja kepada ramai anak seni di negara ini. Usaha yang baik dan kita jangan cari salah. Mana tahu satu hari  nanti, Astro akan membuat rancangan untuk prestasi pula,” katanya.

Menurut Afdlin, dia bersetuju sekiranya juri program lawak adalah dalam kalangan pelawak yang berpengalaman kerana mampu memberi cadangan dan penambaikan.

“Pandangan juri sekarang hanyalah sama ada mereka terhibur atau tidak seperti penonton biasa. Sekurang-kurangnya sebelum ini ada pelawak Douglas Lim, sedikit sebanyak dia boleh memberi cadangan yang membina kerana dia juga pelawak.

“Tapi, tidak mengapa mungkin Astro sudah meletakkan setiap pelawak di MLM berada pada tahap yang bagus dan tak perlu bantuan. Itu adalah hal mereka. Hadiah RM500,000 yang diberikan juga bukan ‘kaleng-kaleng’ (biasa-biasa) dan bukan tahap Raja Lawak di mana semua peserta itu masih baharu,” katanya.

Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) menyaksikan pembabitan aktres Uqasha Senrose sebagai juri tetap bersama-sama dengan  Datuk Rosyam Nor sebagai ketua juri serta penyanyi, Noh Salleh dan pelakon Diana Danielle.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat