PAS-UMNO bincang hala tuju PN dan MN malam ini

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ketua Pemuda PAS mengesahkan parti itu akan mengadakan mesyuarat dengan UMNO bagi membincangkan mengenai hala tuju Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) malam ini.

Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata mesyuarat yang diadakan itu akan membincangkan beberapa isu politik khususnya berkaitan MN dan PN.

“Biasanya kita akan membincangkan tentang pergerakan Muafakat Nasional (MN). Berkaitan PN itu tunggu selepas mesyuarat,” katanya melalui satu kenyataan ringkas sebentar tadi.

Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan mengenai pendirian UMNO terhadap kerajaan PN.

Pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam itu turut dihadiri Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sebelum ini, ketidaktentuan baharu politik tercetus selepas UMNO membuat pertimbangan untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan PN jika tuntutannya berhubung jawatan tidak dipenuhi.

Berikutan itu beberapa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dikemukakan oleh pembangkang dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan pemimpin UMNO.

Malah pada minggu lalu juga, UMNO menegaskan pihaknya mahu meletakkan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan PN.

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat